The Journey Begun...



PANDUAN: 7 Ayat Penting amalan harian
Monday, October 10, 2005

Untuk renungan semua. Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang alam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa

AMIN.



Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?
Friday, September 23, 2005

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang
lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih
sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu,wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil> menunjuk ke arah salah seorang> kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara>tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang! "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu> kita." Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?" Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

^CINTA suci & SAHABAT setia^ -
2 perkarayg tidak ternilai wpun dgn segunung emas... .



RaMalAn MUka ANda..(x tau la kesahihannya)

DAHI
Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?
Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA

Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.

CUPING TELINGA
Kerut tegak di cuping telinga anda?
Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?
Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA
Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.

HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.

MULUT

Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.

GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.

DAGU

Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.

TAHI LALAT

Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.
Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.
Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.



el examen..(makna nya exam le tu..)

ari ni test kalkulus..
ok la gak soalan dia..
letih siot..mata dah pedih + kapla da penin..2 ari tak tido..
semalam ade test spain lagi..
tak dan nak rest..da kena study kalkulus lak...mampuih2..

ari ni ade konvo kat upm..
time to shopping!!konvo tuk sidang ke2 nye..
emm..pasni nak blk qada' tido..
mata pun da sembab..nasib la..



cuti..
Friday, September 02, 2005

emm..cuti..cuti..cuti..yeeha!!aku cuti lagi awai..sume class thursday n friday aku tuang..slamat la ade member sepanjang zaman..tq Guna coz tlg sain kan nama aku..eheh..nasib la dpt member cam aku!!huhu..nama ja cuti..assignment..mak aii..bnyk siot!!tak penah2 aku blk bwk buku penuh satu beg..kui...kui..



Mencari Damai Abadi
Thursday, September 01, 2005

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari panduan,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi-



demam la..
Wednesday, August 31, 2005

()"*"()
( , -o-) Ahh..
(, (o)(o)

()"*"()
( (")(") Chew!
(o)(o)

()"*"()
( , -o-) Ahh..
(, (o)(o)

()"*"()
( (")(") Chew!
(o)(o)

()"*"() i'M nOt feLliN
( 'o' ) weLL riTe now..
(, (o)(o)



kenangan sepanjang zaman..huhu...


2 Ogos Discozmate Soul.....